Friday, 4 March 2011

Mimpi Misteri Anissa 63


kelebihan datang dari Allah, kekurangan datang dari saya... Maafkan sekiranya tak memuaskan hati pembaca.

ลก 63
            MATANYA KABUR. Seorang jururawat sedang menyelak langsir. Silau sedikit. Cahaya sedang mengena matanya. Muncul beberapa orang anggota polis dan… Jururawat itu diarahkan keluar dari situ. Mata aku masih kabur. Samar-samar melihat seorang dari mereka tetapi berbaju putih sedang melambai-lambai tangan di depan aku. Di mana aku? Apa yang telah berlaku semalam. Aku tutup rapat mata. Hanya aku dengar apa yang mereka bualkan.
“Hai, saya inspector Azmi dari unit penyiasatan jenayah. Pihak berkuasa ada mengeluarkan waran untuk menyiasat kes ini. Benarkan kami untuk uruskan pesakit ini…”
Azmi? Aku pernah dengar nama itu… Sherly bagai mabuk dan tidak berdaya hendak bangun.
“Boleh, boleh… Tapi, bagi kami masa untuk memeriksa kesihatannya dahulu…”
“Ambil darah dia. Sampel rambut dia. Please ambil, dan hantar ke pusat ujian DNA.” Arah Azmi.
“Pesakit ini pernah menyebut nama Anisa Hashim”
“Ya, sewaktu dia menembak dirinya sendiri di  balai polis Bukit Aman. Dia mengaku bahawa dia adalah Anisa Hashim. Tapi wajahnya tidak tumpah sekali dengan wajah seorang perempuan India. Mungkin dia ada kaitan dengan Anisa atau…”
“…Atau apa tuan?”
“Mungkin dia akan dihantar ke hospital pesakit jiwa…”
…Aku tidak gila… Aku tidak gila… Sherly bagai meronta-ronta. Namun, lemah.
Terlena kerana terlalu letih. Sherly masih terlena di atas katil itu. Penghawa dingin itu menyebabkan dia menggigil kesejukan. Matanya terbuka luas. Bilik itu, telah kosong. Tangan dan kakinya terikat kuat di besi katil.
                  “Arghhh!!! Lepaskan aku!” Sherly menjerit dengan kuat.
Sehingga mengejutkan orang-orang yang berada di ward itu. Bergegas. Beberapa orang jururawat datang kepada Sherly. Cemas. Sherly terkejut melihat Jarum suntikan itu di dalam bekas besi. Sakit. Mereka cengkam tangan dan tubuhnya. Salah seorang darinya menyuntik ke lengan kiri Sherly. Mata semakin kabur. Suntikan itu membuatkannya jadi kabur.
FAUZANA. Masih mengambil gambar mayat yang masih terbaring di atas lantai. Penuh dengan darah. Kesan tembakan di kepalanya. Mengerikan. Fauzana mengalih menyiasat seorang diri. Meneliti apa yang ada tanpa memperdulikan anggota polis yang ada. Dia masuk ke dalam stor. Terlanggar perabot yang ada di dalamnya. Membuatkan…
                        “Auochh!! Sakitnya…”
Kepalanya terhantuk mengena almari. Tangannya tidak habis-habis mengusap kepalanya yang agak bengkak itu.
            “Haaaaachouuuummm…” Fauzana menutup mulutnya. Bising. Nanti mesti ada yang datang dan…
            “Cik Fauzana…” Tegas suara itu datang dari arah belakangnya. Dah kata, mesti ada yang datang sini… Eee, habuk ni. Kenapa buat aku bersin?! Bentak hati kecilnya.
Fauzana menoleh ke belakang.
                        “Eh, tuan Inspektor Azmi…”
Fauzana sengih. Menelan air liur dan pandang ke depan mengarah ke kotak-kotak yang masih tersusun elok.
“Saya dah pesan, jangan sentuh barang-barang selagi siasatan masih di jalankan.”
Tegas Azmi lagi. Perempuan degil… Azmi perhatikan sahaja Fauzana. Fauzana masih berada di situ dan MENGEJUTKAN.
                        “Tuan…”
            Azmi berpaling. “Apa dia Cik Fauzana?”
Fauzana mengambil sekeping gambar yang tejatuh di atas salah satu kotak dihadapannya. Kelihatan pula file kertas bewarna coklat terselit diantara kotak-kotak lain yang ada di situ. Fauzana tunduk lalu mengambilnya.
Fauzana mengamatinya. “Setahu saya tuan, gambar ini bukankah gambar model yang pernah menjadi sebutan di media suatu ketika dahulu.... Saya pun ada satu file berkenaan dengan kehilangannya tuan.  Masih mencari, dan kes ini bukan sudah di tutup kerana tidak dapat mengesan kehilangannya?”
Gambar model warga cina tadi beralih tangan. Dia amati gambar model cina itu.“Tisak silap saya, model ini warga cina berusia 21 tahun dan nama…”
            “Lee Lai Lai..” Sambung Fauzana . Tepat.
            “Betul… Lee Lai Lai..” Azmi mengangguk dan senyum. Serius dia memerhatikan gambar tersebut.
Fauzana membongkokkan badannya dan mengambil file bewarna coklat yang dia nampak tadi. “Tuan, dan… Ini mungkin boleh menjelaskan kehilangan model tersebut…”
“Kita geledah semua, setiap ceruk bangunan ini… Mungkin banyak lagi akan kita temui…”
            “Baik tuan…” Fauzana mengikut.
            “Fauzana, bukan awak… Biar pihak kami yang uruskan…” Sound like Perli… Geramnya, kalau aku tahu tadi aku diam-diam sahaja. Rungut Fauzana dalam diam.
            “Apa awak cakap tadi, Cik Fauzana..”
Fauzana berpaling dan Azmi senyum. Fauzana melopong.
                        “Eh, tak-takda apa-apa tuan… Saya tak kata apa-apa pun…” Fauzana menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia sengih hampa.
FAUZANA. Kedegilannya dan keobsesannya untuk mendapatkan maklumat berkenaan dengan pembunuhan model cina itu masih menjadi suatu keinginan. Apatah lagi, pembunuhan dan setiap kehilangan ada kaitan antara satu sama lain dengan kes yang sedang dia hadapi sekarang. Pelik tapi benar.
Kebenarannya mula terbongkar apabila Azmi menjumpai gambar Datuk Krishen bersama Anisa. Apa pula kaitannya dengan Sherly Hashim… Errr, that mean! That it’s! Anisa Hashim and Sherly Hashim adalah orang yang sama! Tetapi, bagaimana Anisa boleh jadi Sherly? Owh, Tuhan tolong aku…
                        “Tuan!”
Salah seorang dari anggota polis berbangsa India datang berdepan dengan Azmi.
                        “Ya, Mejar Raman… How’s going on there?”
 Azmi dengan muka serius menyoal.  Wajah Mejar Raman juga serius. Nampak seperti ada benda penting hendak disampaikan.
“Ada lagi mayat dijumpai di bawah pokok dibelakang rumah ini tuan.”
“Mayat?”
Tidak pelik. Selagi ada pembunuhan. Satu demi satu pembunuhan akan berlaku. Fauzana dari belakang curi-curi dengar apa yang dibualkan oleh Mejar Raman dan Inspector Azmi. Jelas kelihatan diwajahnya reaksi ingin tahu dengan lebih lanjut. Fauzana mengekor di belakang mereka. Ke tempat kejadian yang dimaksudkan tadi. Semua menutup hidung. Cuma Mejar Raman sahaja seperti tahan dengan bau mayat yang sudah kembung itu. Muka Fauzana sudah hampir menjadi warna hijau. Tidak tahan dengan bau. Sedikit menahan muntah. Azmi menoleh ke belakang dan senyum lalu mengalih pandangan kembali ke kedudukan  mayat  yang masih berada di dalam lubang sedalam satu kaki.
“Boleh tahu, ini mayat siapa?”
Azmi dihadapan dan duduk melihat mayat yang masih baru ditemui. Warga India, lelaki, lingkungan umur 30-an.
“Saya dapat tahu ini mayat seorang security guard yang di upah oleh Datuk Krishen… Si mati… Tuan.”
                        “Siapa yang menjumpai mayat ini tadi?”
                        “Anjing pengesan saya… Morfin.”
Azmi meneliti mayat. Tangannya disarungkan dengan sarung tangan getah.
                        “Tuan…”
Panggil lagi seorang anggota polis perempuan ke tempat kejadian. Azmi menoleh ke belakang. Didapati ada seorang lagi warga india yang tidak dikenali ada bersama dengan anggota polis perempuan itu.
            “Siapa?” Soal Azmi.
Turut memerhati, Mejar Raman, Fauzana dan beberapa orang aggota polis lain.
            “Tuan, ini Praba. Katanya, dia mengenali Datuk Krishen.”
Praba sejak dari tadi tidak sabar untuk bercakap.
“Tuan, saya diupah sebagai pemandu sahaja dan ada lagi seorang saudara saya bekerja di sini… Nama dia Kurdi.”
“Maksud kamu, security guard itu?”
Azmi menunjukkan jarinya ke arah mayat yang telah berada di dalam bungkusan plastic bag hitam itu.
                  “Hah, apa… Ayyo… Kurdi… Siapa bikin ini pada kamu…” Rintih Praba.
                  “Suzy..” Panggil Azmi kepada polis perempuan tadi dengan nama itu.
                  “Ya, tuan..”
                  “Bawa dia ke balai polis, minta keterangan lanjut…”
                  “Baik tuan…” Dan mendapatkan Praba. “ Mari…” Lalu membawa Praba dan pergi dari situ.
                  “Hello…” Suara Dr. Azmi menerpa ditalian.
                  “Yan, Tuan inspector Azmi… How are you?”
Azmi senyum. “Just fine here… Bagaimana dengan ujian DNA. Ada apa-apa berita terbaru?” Seorang pegawai dari ujian makmal Rashdan. Ketawa dan gembira. Seperti baru lepas kena loteri.
“Yes-yes… Ujian ini telah mengesahkan identiti mereka berdua adalah sama…”
                  “Maksud kamu, kedua-duanya adalah dari orang yang sama?”
Azmi meneka dan tepat sekali. Gembira mendengarnya. Tidak sabar dan…
Azmi dan beberapa anggota pegawai polis bergegas ke Hospital. Hampa. Azmi mengamuk dan mendapatkan pengawal keselamatan yang menjaga bilik kawalan itu.
                        “Kamu buat kerja atau tidur?!”
Jerkah Azmi kepada salah seorang pengawal yang diarahkan untuk mengawal bilik tersebut.
            “What happen here, mana pesakit yang terlantar di sini?!” Soal Azmi dengan kasar. Garang dan naik berang.
            “Maafkan kami Tuan… Pesakit terjun melalui tingkap dan lari.” Azmi bergegas ke tingkap. Mengerutkan dahi.
Azmi pandang gari yang mengikat tangan Anisa… Terbuka. Salah seorang jururawat itu…
Dengan takut-takut dan berperasaan bersalah.“Maafkan saya tuan, semua salah saya. Saya ingat pesakit betul-betul hendak ke tandas… saya buka gari di tangannya tuan…”
“Bagaimana dia boleh terjun, dari tingkat 3… Mesti dia akan cedera parah…”
Azmi tidak dapat bayangkan bagaimana keadaan Anisa sekarang. Mesti dia mengalami kecedaraan parah.
“Cepat kita kena cari dia sekarang, mesti dia masih berada dekat-dekat dengan kawasan ini lagi…”
Azmi pandang hutan dan bukit bukau  yang berdekatan dengan hospital tersebut. Kalau dia masuk ke sana, sudah tentu susah untuk dijejaki. Hutan disana bergitu tebal. Sehingga berada di tiga (3) sempadan negeri. Terlalu luas. Di dalam sana banyak binatang buas yang masih berkeliaran. Kalau terjadi apa-apa kepada Anisa, bagaimana. Azmi pandang sebentuk cincin yang masih dia gantung pada rantai perak dilehernya. Dia genggam cincin yang sepatutnya sekarang menjadi milik perempuan itu.
SHERLY. Terhinjut-hinjut masuk ke dalam semak dan denai hutan belukar di belakang Hospital. Sakit kakinya kerana terjun melulu dari tingkat 3. Kerja gila. Kuat sirin polis berbunyi. Sayup-sayup kedengaran. Cepat Sherly melangkah masuk ke dalam hutan. Semakin jauh. Bunyi beberapa ekor anjing pengesan dan anggota polis yang sedang bising mencari Sherly. Kiri kanan, depan dan belakang semua sudah dipenuhi dengan hutan belantara. Tidak ada jalan lain, dia terpaksa redah juga. Tiba-tiba…
                  “Kau mahu ke mana Anisa?”
Suara itu membuatkan Sherly pening. Lalu rebah dihadapan gua.
                        “Annuwel! Kau diam! Aku benci kau syaitan!”
                        “Aku kawan kau Anisa…” Annuwel ketawa nyaring. Tidak memperdulikannya…
Sherly masuk ke dalam gua tersebut. Gelap. Tidak nampak apa-apa. Kecuali satu cahaya sedang terang benderang dihadapannya. Kelihatan beberapa orang tua dan kanak-kanak kecil masuk ke dalam sana. Cahaya apa itu? Tanpa membuang masa dan tanpa menghiraukan bunyi galak anjing pengesan yang mengejarnya serta bunyi bising anggota polis yang sedang mengejarnya. Pantas dia kejar cahaya itu lalu memasukinya. Hilang. Cahaya itu hilang. Anjing pengesan itu masih berada di situ. Tempat bau Sherly tinggalkan. Tempat akhir Sherly singgah. Anjing pengesan bagai gila mencari bau Sherly. Namun, gagal. Keliling gua dan keliling hutan telah diredahi. Namun, masih gagal. Usaha pencarian terpaksa dibatalkan. Seminggu di dalam hutan. Kerja tidak masuk akal. Sherly hilang tanpa kesan. Misteri bukan.
PERKAMPUNGAN BUNIAN SERAI WANGI. “Anak…” Seorang perempuan tua berpakaian serba putih sedang duduk mencangkung. Melihatnya yang sedang terbaring dibawah pokok rendang. Mamai Sherly cuba bangun dari tempat dia jatuh tadi. Dia cuba bangun. Kakinya agak pincang dan masih terasa sakit. Perempuan tua tadi…
“Mari ke rumah makcik… Rumah makcik tidak ada orang. Kecuali makcik sahaja. Jangan risau orang-orang kampung di Serai Wangi ini tidak jahat. Semuanya baik-baik…” Ajak perempuan tua tadi. Wajahnya sentiasa ceria. Walaupun tua tetapi masih berseri.
Tidak sampai beberapa minit. Sekejap sahaja bagai melintas disebalik cahaya. Mereka sudah sampai di hadapan rumah perempuan tua itu. Besar. Cantik. Semua diperbuat dengan kayu jati. Luas dan kawasan disekeliling bagaikan taman.
                  “Silakan Nak…” Perempuan tua tadi menjemputnya naik ke rumah.
                  “Terima kasih makcik…” Ucap Sherly.
                  “Apa nama anak?”
                  “Anisa..” Pantas Sherly menjawab.
                  “Anisa? Cantik nama itu… Secantik wajah orangya..”
Perempuan tua itu menghulurkan bekas berisi air kepadanya. TERKEJUT dan AJAIB… Wajah Sherly telah bertukar ke wajah asal. Wajah ANISA. Gembira tidak terkira. Menitis-nitis air matanya jatuh ke dalam bekas air.
                  “Assalamualaikum W.B.T.” Suara lelaki memberi salam.
                  “Waalaikumusalam W.B.T.” Sahut perempuan tua itu lalu ke hadapan melihat siapa yang datang ke mari.Seorang lelaki bunian yang boleh tahan juga kacaknya muncul dihadapan mereka. Melihat Anisa di situ.
                  “Maafkan saya… Siapakah gerangan saudari?”
Anisa senyum. “Saya Anisa…” Perempuan tua itu ke dapur. Anisa masih duduk di atas helaian kain kuning yang dihampar oleh perempuan tua yang memebawanya ke rumah itu tadi.
“Saya Hairi Iskandar.” Sopan dia memperkenalkan dirinya.
Sambungnya lagi. “….Saya sering datang ke mari. Mengajar anak-anak murid bersilat. Berguru dengan tok guru saya Tun Sari Fatimah.” Hairi Iskandar menunjuk sopan kepada perempuan tua yang masih berada di dapur.
“Maksud Hairi Iskandar..”
“Panggil hamba, Hairi sahaja..”
“Maafkan Anisa., Hairi. Maksud Hairi, makcik tadi adalah Tun Sari Fatimah. Guru silat?”
“Iya, tok guru hamba juga guru mengajar mengaji…” Ulasnya lagi.
Teruja dan senang hati mendengarnya. Melihat Tun Sari Fatimah datang ke mari…
                        “Kalau bergitu, Makcik bolehlah mengajar Anisa mengaji…”
Tun Sari Fatimah tersenyum melihat Anisa. Hairi Iskandarpun turut tersenyum mendengar apa yang dikatakan oleh Anisa tadi. “Alhamdulillah…” Serentak Hairi Iskandar dan Tun Sari Fatimah menyebutnya.
ANISA. Masih terkenangkan keluarga di sana. Aku sudah jauh merentasi alam lain. Gara-gara aku lari dan mengekor beberapa orang tua dan kanak-kanak yang masuk ke dalam cahaya. Adakah aku sedang bermimpi?
                        “Tidak… Ini alam nyata.” Tiba-tiba Tun Sari Fatimah muncul ditepinya. Wajahnya bercahaya sekali.
                        “Bagaimana Makcik tahu apa yang saya sedang fikirkan?” Soal Anisa bagai pelik dengan Tun Sari Fatimah.
“Dalam dunia ini, tiada apa yang boleh kita pelik. Semua kejadian dan semua ketentuan Allah yang tentukan. Anisa ada keluarga di sana?” Bagai tahu maksudnya.
Anisa mengangguk. Tun Sari Fatimah mengajak Anisa duduk di sisinya. Tun Sari Fatimah menarik kain kuning dan dihamparkan ke atas lantai kayu. Dia tarik bekas emas berisi air dan bunga melur.
                        “Untuk apa ini, makcik?” Soal Anisa masih pelik.
“Untuk Anisa berkomunikasi dengan saudara Anisa… Tetapi, komunikasi secara ini… Mengambil masa untuk sampai. Hanya di dalam mimpi sahaja orang yang Anisa mahu sampaikan itu akan terima… Anisa, orang yang datang ke alam kami… Tidak akan sekali-kali boleh keluar ke dunia lain. Dunia kami ini penuh misteri buat manusia di luar sana… Semuanya, akan menjadi rahsia. Tidak siapa yang akan tahu semua yang wujud disekeliling.” Jelas Tun Sari Fatimah.
Tersentak mendengar penjelasan yang dirungkai oleh Tun Sari Fatimah. Melihat bekas emas tadi. Dihadapannya. Ajaibnya bekas emas ini… Anisa masih melihatnya. Wajah abangnya Azli tiba-tiba terpampar di dalam air itu. Alangkah terkejutnya, dan alangkah gembiranya dapat melihat wajah abang kandungnya itu. Tun Sari Fatimah senyum melihat Anisa yang sedang gembira.
AZLI. Mimpi itu merungkai misteri kehilangan adiknya ANISA. Jaganya masih diburu untuk mendapatkan kepastian. Benarkah Anisa adiknya masih wujud dan masih hidup. Walaubagaimanapun, mimpi Anisa dalam hidup abangnya Azli masih menjadi persoalan yang sungguh MISTERI.
~          *          *          *          *          *          * sambungan
TUN SARI FATIMAH duduk bertimpuh di atas kain kuning. Tepak sirih diletakkan dihadapannya. Angin sepoi-sepoi bahasa bagai mengundang dia untuk bangun dan turun ke kawasan rumahnya. Kelihatan Hairi Iskandar sedang mengajar Anisa seni mempertahankan diri. Itulah silat yang diajar turun-temurun oleh keluarga Tun Sari Fatimah. Keturunan Tuan Buni Daryan. Kini, Tun Sari Fatimah yang mewarisinya sejak sepuluh tahun yang lalu Tuan Buni Daryan al-Mursyid meninggal dunia pergi bersama Tun Sari Khadijah umminya. Dia pandang keliling. Kawasan rumah yang tidak pernah sunyi dengan riuh-rendah orang sedang belajar bersilat. Dia duduk bersila dan menutup mata rapat. Mengamati alam semulajadi sehingga kedengaran unggas yang sedang beterbangan.
            “Tun Sari Fatimah…” Suara itu datang bersama-sama dengan angin. Angin itu bagai datang membawa berita untuk khabarkan sesuatu.
Tun Sari Fatimah masih menutup matanya. Dia terdengar pula suara Anisa yang masih kuat belajar bermain silat dengan Hairi Iskandar. Tidak lama kemudian satu cahaya masuk ke dalam matanya. Kelihatan orang tua memakai pakaian serba putih dan berjanggut membawa tasbih dan bertongkat.
            “Walid…” Hatinya bagai berbisik selepas melihat Tuan Buni Daryan.
Tun Sari Fatimah bingkas bangun dan merapati Tun Buni Daryan. Dia cium tangan Tuan Buni Daryan. Tangan tua itu hinggap mengusap ubun-ubun anak perempuannya itu.
“Walid, sudah lama kita tidak berjumpa… Apa khabar walid, bagaimana ummi di sana?”
“Alhamdulillah syukur wahai anakku, ummimu sihat-sihat sahaja.”
Dengan wajah gembira mendengar perkhabaran dari kedua orang tuanya itu.
“Kenapa Walid datang ke mari, selalu ada sesuatu yang tidak sedap didengar sahaja walid akan khabarkan. Walid juga yang bagi penyelesaian kepada Tun Sari Fatimah... Apakah maksud kedatangan Walid?”
Tuan Buni Daryan senyum. Senyumannya sungguh manis. Seperti orang yang hidup senang lenang dan tidak seperti yang masih hidup ini. Tuan Buni Daryan dengan lemah lembut menuturkan kata-kata. Tiba-tiba Tuan Buni Daryan dan Tun Sari Fatimah berada di tempat Anisa dan Hairi Iskandar berada. Kedua-duanya masih belajar seni mempertahankan diri itu. Kelihatan tekun Anisa mempelajarinya. Tun Sari Fatimah berpaling lembut ke wajah walidnya itu. Tuan Buni Daryan masih berdiri dan memerhatikan mereka berdua. Sambil menongkat tongkatnya ke tanah.
“Tidakkah kamu kasihani perempuan itu wahai anakku, tidakkah Walid pernah meninggalkan satu ilmu untuk anak walid pada suatu ketika dahulu. Walid tidak mahu kamu menyeksa manusia luar untuk hidup di alam kita. Manusia luar tidak boleh hidup di alam kita Tun Sari Fatimah… Bantulah yang memerlukan bantuan, ilmu yang dicurahkan oleh Walid bukan untuk disimpan tetapi untuk digunakan ketika diperlukan. Sekiranya tidak, ilmu yang walid curahkan akan sia-sia. Sia-sia juga amalan walid dan sudah pastilah walid akan berasa kecewa… Hati walid tidak tenang. Walid, serahkan segala-galanya kepada Tun Sari Fatimah. Moga-moga Tun Sari Fatimah dapat menggunakannya dengan sebaik mungkin. Untuk membantu orang yang amat memerlukan bantuan Tun Sari Fatimah…”
Tidak lama kemudian, sepintas lalu angin lalu dihadapan mukanya. Tuan Buni Daryan hilang dari pandangannya. Tun Sari Fatimah masih berdiri di situ.
“Hairi, Anisa… cukuplah untuk hari ini. Hairi boleh balik ke rumah dan Anisa boleh naik ke atas rumah.”
Anisa dan Hairi Iskandar berdiri dihadapan Tun Sari Fatimah. Berdiri dan tunduk hormat. Mengenangkan guru silatnya yang tidak jemu mencurahkan ilmu kepada mereka. Tun Sari Fatimah mengeluh panjang. Nampak seperti ada sesuatu yang hendak disampaikan.
            “Baiklah… Hairi minta izin dahulu.”
Anak muda itu tunduk dengan hormat bersalaman dengan Tun Sari Fatimah lalu berlalu dengan  senyuman. Kini hanya tinggal Anisa dan Tun Sari Fatimah sahaja. Sambil berjalan dan singgah membasuh kaki di tepi tangga. Diceduk perlahan-lahan air yang ada di dalam genuk dan dikarai-karai airnya dengan gayung yang diperbuat dari tempurung kelapa. Tun Sari Fatimah melangkah memanjat naik anak tangga. Anisa megekor. Kain kuning, tembaga emas dan sedikit kemeyan berbau bunga kemboja dirasapkan. Anisa disuruh duduk tanpa banyak ulasan.
            “Duduk Anisa…”
Jelas di wajah Tun Sari Fatimah yang agak tersorok sedikit kesedihnanya memerhatikan raut wajah Anisa. Bagai sudah menjadi anaknya sendiri. Sayang bukan kepalang terhadap anak gadis yang sedang berada di hadapannya itu. Anisa masih terpinga-pinga melihat Tun Sari Fatimah yang masih berjalan mendapatkan kain bewarna emas. Dihamparkan lebar dan menutup sedikit tubuh anak gadis itu.
“Anisa, aku ingin kembalikanmu ke dunia asalmu. Aku akan kembalikanmu ke titik asalmu. Jangan berpaling lagi ke dunia lepas. Aku ingin kau hidup bahagia. Ingat, jangan sesekali kau langkah ke dunia lepas. Hindarilah ia, semoga kau hidup sejahtera kelak.”
“Makcik…”
Wajah Anisa bertukar kemerah-merahan. Sedih mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Tun Sari Fatimah sendiri.
“Tidak mengapa… Kau pergilah. Aku akan sentiasa doakan kesejahteraan kau di luar sana.”
Anisa sebak. Lopak matanya tiba-tiba bergenang dengan air mata. Dia senyum gembira mendengarkan berita tadi. Alangkah ajaibnya kehidupan. Terlalu mistik untuk ditafsirkan. Bagaikan mimpi. Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui isi kejadian alam. Terima kasih wahai Tuhan. Kau masih meyayangi hamba-Mu ini. Anisa terus memeluk Tun Sari Fatimah. Tubuh anak gadis itu dileraikan kembali. Walau payah untuk dia lepaskannya. Siapa tidak sedih kerana hendak berpisah dengan anak gadis yang sudah dianggap anak sendiri. Lalu dia menutup seluruh tubuh Anisa dengan kain emas. Bunyinya bagai membaca ayat-ayat dari potongan ayat al-Quran. Diam dan suara Tun Sari Fatimah itu tadi tidak kedengaran lagi.
ANISA masih lena di atas katilnya. Jam loceng tiba-tiba berbunyi. Dia bingkas bangun. Menenyeh-nenyeh kedua belah matanya dengan hujung jari.  Kepalanya bagai bingung-bingung sedikit. Bagai ingat tidak ingat apa yang berlaku. Dia lihat keliling. Dia terus ke almari pakaian. Dikuak pintu almarinya dan dibawa keluar sepasang baju kurung bewarna merah jambu. Disangkut di pintu almari yang ada paku. Dia pandang jadual kuliah. Setengah jam lagi ada kuliah. Terbeliak anak matanya. Cepat-cepat dia capai tuala dan melangkah laju ke bilik air.
Tujuan asal sebelum ke kuliah untuk mencari buku di foyer Ekonomi. Tetapi, tidak sempat. Akhirnya, Anisa terus berjalan masuk ke dalam bilik kuliahnya.
            “Hai, boleh saya duduk di sebelah…”
            “Boleh, nama awak apa?”
            “Saya Anisa… Awak?”
            “Saya, Hairi Iskandar…”
 Lelaki itu senyum melihat Anisa yang meminta duduk disebelahnya.
             
~TAMAT~

Mimpi Misteri Anissa 62

62 š
BAGASI pakaiannya ditarik dengan gelojoh. Habis pakaian yang ada didalam almari tersebut ditariknya dan dimasukkan kedalamnya tidak kemas sehingga memboyot. Tangannya mula mencapai passport yang berada di dalam laci almari tersebut. Jarinya mula galak menekan number telefon  untuk menelefon kaunter di KL International Airport in Sepang (KLIA) untuk mendapatkan tempahan ke US.  Malangnya tiket untuk hari itu telah habis terjual. Lantas dia meminta dan menempah tiket untuk hari esok.  Terpaksalah dia keluar pagi-pagi esok untuk mendapatkannya pula.
Kepalanya asyik memikirkan Security guard tadi. bagaimana kalau security guard itu tadi menjelma menjadi sesuatu yang tidak diingini pada waktu malam nanti. Dia mula gelisah memikirkannya. Petang mula berlabuh. Hari semakin ingin menjadi gelap.
Hatinya gelisah mengingatkannya. Mundar-mandir dia berjalan memerhatikan keadaan sekeliling loteng tersebut. Perlbagai bunyi yang mengusiknya pada malam itu. sehingga membuatkan dia tidak dapat lena dengan tenang. Tiba-tiba dia terlihat kelibat seorang lelaki tercegat dihadapannya.
Bayang lelaki itu Samar-samar disebalik kain langsir yang menutup pintu kamarnya. Mebuatkan dia berlari bergegas mendapatkan apa-apa yang boleh dibuat senjata. Lalu dia berlari menuju kea rah bilik bacaan membuka laci dan almari mencari sepucuk pistol yang sering ditinggalkan oleh Krishen.
Seingatnya dahulu dia ternampak sepuscuk pistol milik Krishen ada di dalam laci tersebut. Habis dia geledahnya tetapi hampa. Lalu senyap-senyap dia berjalan menuju ke kamar Krishen. Matanya membulat apabila melihat ada seorang lelaki yang kepalanya bersarung  tercegat dihadapannya. Lelaki yang tidak dikenalinya. 
Sekuat hati dia berlari menuju ke dalam bilik Krishen. lalu dia mengunci ketat-ketat pintu tersebut. Terkial-kial dia mencari dimana letaknya pistol milik Krishen. habis dia mengeledah almari tersebut.
Ktap!ktap! tombol pintu dipulas dengan deras. Sehingga membuatkan Sherly menjadi semakin cemas.  Daun pintu berderap bagaikan digongcang-gongcang dan ditolak deras oleh lelaki tersebut. Pintu tadi terbuka lalu lelaki itu membolos masuk mendapatkan Sherly dari arah belakang. Dengan kuat lelaki itu mencengkam lengan dan tubuh Sherly sehingga Sherly tidak dapat menahan sakit.
Sherly meronta-ronta melepaskan cengkaman tangan lelaki tersebut dan dia menendang tulang kering lelaki tersebut dengan sekuat hati sehingga menyebabkan lelaki tersebut meraung kesakitan. Terjungkit-jungkit lelaki itu mendapatkan Sherly kembali. Lelaki itu menolak Sherly lalu Sherly jatuh tersungkur rebah ke lantai. 
Sherly merintih menangis supaya jangan diapa-apakan. Tetapi tidak diendahkan lelaki itu. lelaki itu datang kearah Sherly dan menarik rambutnya dengan kasar dan kejam. Kepala Sherly dihentak ke meja lampu  tidur sehingga laci meja tersebut terjatuh menghempap lantai. Ktak!!!...Kelihatan seperti sepucuk pistol tercampak dan terseret ke bawah katil, cepat-cepat Sherly berlumba mengambil pistol tersebut.
Sewaktu Sherly dapat mencapai pistol yang jatuh, lelaki tersebut sempat menembak kakinya. Membuatkan dia meraung sekuat hati. Bunyi tembakan dari banglo tersebut menyebabkan burung dalam rimba berhampiran terbang bertempiaran berkicauan kerana terkejut dengan bunyi tersebut. 
Matanya terbuka luas menahan kesakitan. Kakinya ditarik rakus oleh lelaki tersebut sehingga membuatkan badannya terseret keluar dari bawah katil tadi.
Pistol yang dipegangnya di pegang kuat-kuat. Lantas dengan cepat dia menghala pistol itu kea rah lelaki tadi dan menembak berdas-das ke tubuhnya. Darahnya keluar berpancuran dari tubuh itu membuatkan lelaki itu jatuh ke lantai dan tidak sedarkan diri. Sherly menagis ketakutan, air matanya dibiarkan jatuh berderai kemukanya. Hujung kakinya menguis-guis kepala lelaki tersebut.
Menyedari lelaki itu tadi tidak sedarkan diri, dengan memberanikan diri dia membuka serkup dimuka lelaki itu. Sherly terkejut darahnya bagaikan terhenti, kepalanya berputar-putar melihat lelaki yang dia tembak tadi.
“Krishen!!!” laung Sherly.
Lantas dia terduduk kaku. Merintih dan menagis. Lelaki yang dia percayai selama ini cuba untuk menbunuh dirinya. fikir Sherly. tercengang-cengang Sherly melihat mayat itu. Kunci kereta yang terjatuh dari poket seluar Krishen diambilnya.
Tangannya berlumuran darah kerana menahan pengaliran darah yang semakin keluar dari kakinya akibat dari terkena tembakan sewaktu bergelut dengan Krishen. Perlahan-lahan dia mengesot beralih ke luar dari kamar itu.
“Sherly….”
Perlahan suara Krishen memanggil nama itu.
“Maafkan aku…kerana aku cuba mahu membunuh kau Sherly..”
“Tidak!!”
Sherly bagai ingin mengesot  dan terus berlari dengan laju. Jauh dari Krishen.
“Anisa please… Jangan tinggalkan aku sendirian..”
“Kau jahat Krishen… How dare you!!” laung Sherly.
Pandangan Sherly tajam bagai menghunus senjata tajam ke muka Krishen. “You ubah I jadi Sherly, i tahu ini rupa isteri you!!!”
“Sherly, please..” Rayu Krishen.
“Lepas you ubah I, you hendak bunuh i?”
“You lelaki jahat! Dayus!..binatang… Semua lelaki sama!!!”
“Sherly…I takut…” Krishen bagai mengesot sedikit. Pistol di tangan Sherly diacukan ke muka Krishen. Tepat.
“Kenapa..you takut apa?”
“I takut you akan buat I sama seperti you lakukan pada Kamal..”
“Ah!!!! Jangan sebut lagi nama itu!!!”
“Aku benci!!!”
Pooom!!! Sherly melepaskan tembakan ke dinding.
“Kau hendak mati sangat kan?” soal Sherly. Bagai orang gila.
“Nah, mati kau sekarang..” Anisa menembak kepala Krishen.
Kuat Sherly ketawa. Bertapa pilunya hati melihat Krishen dalam kedaan bergitu. Dia menguatkan langkahnya keluar menceruni anak tangga dan keluar dari banglo tersebut. Kereta yang ditinggalkan oleh Krishen diluar pagar itu dipandunya laju. Tanpa menghiraukan sesiapa dan apa yang akan berlaku selepas itu dia meninggalkan jauh banglo tersebut.
Sehingga dia melalui lebuh raya menuju ke balai polis Bukit Aman. Dia berhenti ditepi  jalan. Teresak-esak dia menagis di dalam kereta itu.  sesekali dia memegang kakinya yang masih mengeluarkan darah. Enjin kereta itu tadi dipanaskan kembali dan meliliti jalan itu. lalu berhenti dengan tidak semena-mena dihadapan sebuah bangunan dihadapannya. Berdiri dihadapan bangunan itu seakan-akan ingin membunuh dirinya sendiri.
Dia tercegat dihadapan dua orang anggota polis itu. tangannya yang berlumuran darah itu dihulurnya kepada mereka. Tercengang mereka melihat perempuan yang sedang tercegat kaku dihadapan mereka. Mukanya pucat seperti baru sahaja berlaku suatu tragedy yang dasayt keatasnya atau mungkin sedang lari daripada sesuatu membuatkan dia takut. Sehingga datangnya beberapa orang anggota polis yang lain melihat kejadian tersebut. Mereka saling berpandangan  antara satu sama lain.
Suasana dalam bangunan itu senyap seketika sehingga Sherly memberi penjelasan yang sebenarnya. Terketar-ketar suara Sherly ketika memberi penerangan. Tetapi peneranan Sherly ada yang tidak masuk akal. Menyebabkan ada diantara anggota polis disitu membuat pernyataan bahawa Sherly gila.
“Encik..percayalah…saya, Anisa. Anisa Hashim…Sayalah yang telah membunuh Datok Kamal Tan Sri Ali. Saya juga telah membunuh Datuk Krishen Raj Rai malam tadi…”Jelas Sherly tegas.
Bagaikan sesak nafasnya menahan sendu serta kesakitan yang sedang dialaminya. Sherly terkepung diantara sebuah kepalsuan yang direka oleh Krishen dan dengan yang sebenar-benar reality kehidupannya. Sebuah kehidupan yang menjadi misteri dalam hidupnya.
Sherly benci melihat mereka yang sedang berada dihadapannya. Mereka tidak mahu mendengar kata-katanya. Semakin lama dia berkata-kata semakin mereka ketawa dan semakin menjadi-jadi pula. Dia semakin binggung dan perasaannya mula tidak terkawal. Lantas dia berlari menuju kearah seorang anggota polis yang  berdiri berhampiran dengannya itu.
Sepantas kilat dia merampas sepucuk pistol yang tergantung di pinggang anggota polis itu. Bunyi dentuman dari arah tembakan yang dilepaskan oleh Sherly membuatkan semua orang tergamam dan terkejut. Pantas mereka berlari mengelakkan diri dan bersembunyi. Tidak semena-mena mata Sherly menjadi semakin kabur dan tidak berdaya untuk membukanya lagi. Pandangannya semakin kabur. Dadanya mula berombak dan penglihatannya semakin kelam serta gelap.